Sungai Asahan, Jasin

​”Ke kirilah, ke kananlah, Inilah desa yang tercinta…Menarilah, menyanyilah, Riangnya suara mereka…Desa tercinta”.-Song by Nora, Desa Tercinta.

Assalamualaikum w.b.t. 

A very good day to all of you guys.
Dapat cuti sempena Awal Muharam sampai Isnin, maka nya balik ke kampung jawabnya. Tu yang lagu Desa Tercinta terngiang kat kepala tu. So, NDV dok tanya kat semua isi rumah, apa plan memasing. So far, tiada plan spesifik pun. NDV terus bagi cadangan nak mandi sungai sefamily. Semua ok je.

2hb Oktober 2016, kami bergerak ke Asahan, Jasin. Kenapa tidak ke Sagil? Sebab Sagil lokasi komersial so terlampau lah ramai dan banyak sampah! Perjalanan menggunakan laluan ke Selandar dan terus ke Asahan dalam 1jam. You guys just type in Waze, Air Terjun Asahan, mesti dapat.

Sejam perjalanan, (alamak,NDV lupa nak snap few photo of landmark to reach here),korang akan terjumpa taman tema air yang takde orang! Itu landmarknya. Sebab korang kena belok kanan (jalan tanah merah) bukan terus maju kedepan ikut jalan bertar (korang kalau terterus,akan masuk perkampungan orang asli). 

Parking lah korang dimana-mana kawasan lapang yang tidak bertar. Nasib kami baik,sebab sungguh tak ramai yang datang.

Dari tapak parking,teruskan berjalan ke trail yang jelas,menuju ke kawasan sungai. Kalau mandi dibahagian hujung,jawabnya air teh lah dapat. Kami memang akan ke port favorite kami dengan masuk sikit kedalam. 

Tadaaaa…ini port kami, tapi,arus tak deras,mungkin beberapa hari memang tak hujan Melaka ni gamaknya. 

Fakta serba sedikit:

  • Asahan adalah lagi sebahagian dari Gunung Ledang.Sagil berada di bertentangannya.
  • Khabarnya,nak yang ekstrem,boleh teruskan mendaki untuk ke kolah yang lebih besar dan dalam sehingga netizen memberitahu NDV, boleh terjun tiruk!(tapi NDV tak tahu mana jalannya. One day akan explore)
  • Tiada jalan bertar yang proper,tiada tempat parking proper,langsung tidak dikomersialkan,membuatkan Asahan tak ramai akan datang kesini(thats why we prefer to come here).
  • Ada tapak perkhemahan yang luas,menjadikan Asahan juga antara pilihan untuk aktiviti bercamping.
  • Air sungai nya memang sejuk,bersih,kelihatan seperti The Golden River.

Sebenarnya NDV nak capture ikan disekeliling kaki abah NDV ni, tapi,macam tak nampak pula. Korang nampak?

Siapa kata tak jernih? Ini sebagai bukti.

      Nak cerita panjang pun tak larat nak taip, so, korang boleh menonton Full Video kami bersantai di Asahan ini di laman YouTube.

      >> https://youtu.be/3TE-LX187yA <<

      Komen dan suggestion from you guys are highly appreciated. Kemana lagi lepas ni? NDV pun tak tahu. I just follow the flow. Ok, berjumpa lagi di post akan datang.

      Salam…

      Advertisements

      Leave a Reply

      Fill in your details below or click an icon to log in:

      WordPress.com Logo

      You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

      Twitter picture

      You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

      Facebook photo

      You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

      Google+ photo

      You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

      Connecting to %s