Lata Misteri;  Kuala Kubu Baru 2.0

“Leisure Concept ”

Assalamualaikum w.b.t, Greetings to all of you. 

Ok, kali ni plan tak dirancang dari awal. Menengokkan kepada plan memasing bertukar,  last minit plan dengan member untuk ke Lata Misteri ni. 

Thank God, NDV masih ingat jalan nak ke Lata Misteri ni. Bergerak jam 10.30am, kami terpaksa parking agak jauh dari entrance Kampung Pertak memandangkan penuhnya kereta dah sampai. Menapak sikit r… 

Secara ringkasnya, jalan untuk ke Lata Misteri sudah dihalang oleh orang sebenarnya. Dan ade few points of trail yang tertutup oleh pokok tumbang dan lopak air. Jom share sikit picture untuk korang. 

Ni lah sungai besar yang NDV kena redah untuk ke seberang sana. Memang bukan checkpoint untuk ke Lata Medang atau Lata Makau kan?! 

Sepanjang trekking kami kali ni, semakin banyak flora fauna yang kami saksikan. Mungkin juga sebab semalamnya hujan, makanya banyak cendawan tumbuh melata. 

Kami juga terserempak dengan beberapa orang asli yang baru sahaja selesai memungut Buah Tampoi dan Petai Hutan. Itu tak termasuk kami jumpa pokok Buah Rambai yang tinggi menjulang. Entah korang kenal entah kan tidak lah buah nya macam mana kan?! 

Sejam setengah berlalu, sesampainya kami di Lata Misteri, sememangnya lega tatkala menyaksikan keindahan air terjunnya. TETAPI, nampaknya ada sampah roti gardenia RM0.85 dan Gardenia Waffle ditinggalkan begitu sahaja! Dan di air terjun tingkat keduanya, terlindung air terjunnya kerana ada pokok tumbang melintang. 

😾Please guys, tolong bawa pulang segala sampah yang kita buat. Ni yang malas nak hebahkan pada umum. Bukan NDV kedekut tak nak share info, tapi, tak nak benda begini berlaku, dan masalahnya, memang berlaku. So please guys, please take note about this! 😧

Klik link ni untuk menonton video penuh serba ringkas untuk trip kali ni:

>> https://youtu.be/Hooz8_iM31Q <<

Dah mula start monsun dah sekarang ni. Untuk semua yang nak melakukan aktiviti luar, NDV nasihatkan, equip yourself fully, be safe, kalau cuaca sangat tak stabil, batalkan sahaja. Untuk keselamatan kita bersama.

Ok guys, terima kasih kepada korang yang menyokong NDV, thanks untuk segala komen dan info sharing.

Haaa kalau korang berniat nak ke Lata Misteri, jangan malu jangan segan untuk PM NDV disini atau di Instagram;  @asnawijacq atau search #NawiDaVinci. 

Semoga berjumpa lagi di episod yang seterusnya. Lokasi?!… Entah. Hahaha

Salam Semua… 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s