Tanjung Tualang,  Perak Darul Ridzuan

“Andai kasturi hilang harum,

Mawar tak berkuntum, 

Cinta tak bersambung…

Biar emas setinggi gunung, 

Kan ku peluk rimbun ampun,

Rahmat yang Maha Agung… “

   – Nyanyian Serambi,  Ramli Sarip

Assalamualaikum w.b.t. and greetings to all of you. 

Post kali ni berlainan dari yang lain, kali ni bukan tema masuk hutan ke air terjun segala, tapi, sekali lagi buat plan terjun untuk ke kampung halaman Atikah di Tanjung Tualang, Perak Darul Ridzuan. Trip kali ni sangat pendek,memang berkonsepkan Short Trip; Sabtu lepas kerja, kami fetch Atikah di tempat kerja dia dan menyinggah kat The House Of Connoisseur (THOC) di Damansara. 

Lapar punye pasal, apa boleh buat. Kenyang sudah, TPH(Tiga Padi Halus) terus shoot ke Perak. Kira-kira jam 6.30 camtu TPH gerak ke Perak. Jalan clear, maklumlah, semua dah bergerak awal. Perjalanan kami indah kerana disambut dengan Pelangi… 

9pm TPH tiba di perkarangan kediaman En Jamaludin and family di Tanjung Tualang. Takde nak buang masa, kami terus ke bilik yang dah disediakan, dan selepas selesai bersiap, kami dengan mak nya sekali ke Ipoh nak mencari Satay. 

Kami berdinnerkan Satay dan Popia yang popular di Padang Kanak-Kanak Ipoh. Takde side order,memang makan tu je dah kenyang dah. Tak menyempat nak ambil gambar sebab kamera dalam kereta time tu. 

Info; tempat ini dah memang jadi port mesti singgah kerana dia foodcourt yang memang banyak pilihan makanan. Ramai orang time ni. Penuh. 

Selesai makan,TPH terus nak melepak area Stesen KTM Ipoh. 

Lepak kat depan air pancut warna warni sambil boleh lah kuyup dibuatnya asyik kena tempias.

 Info; bangunan putih didalam gambar yang tersergam indah khabarnya dahulu dijadikan sebagai hotel, tetapi sekarang tidak lagi dek kerana banyak berlaku kejadian paranormal. Wahhh another haunted place in Malaysia. 

Dari stesen KTM, TPH berganjak pula ke Dataran Ipoh yang sememangnya menjadi tempat tumpuan muda mudi macam kami untuk melepak(mak Tikah pun join sekali tak menahan tu). Just lepak, dengar nyanyian busker, last-last dah mengantuk. Jam 1am kami beransur pulang. 

Ahad pula, TPH bersama dengan Ibunda dan Ayahanda Tikah mencari breakfast. Selesai breakfast, kami menyinggah sebentar ke satu warung. Pak Jamaludin dok bersapa dengan orang kampung, yang TPH pulak dok bergambar. 

Memang masih nostalgia bila mana beca-jual masih ada(tak tahu apa nama sebenar). 

Pak Jamal tiba-tiba beri cadangan kepada kami, “korang nak bergambar tempat yang cantik? “. Sememangnya nak lah kan. Kami dibawa ke Jalan Agacia,  The University Square @ Kampar. Jaw-drop weiiiiiii… Bila masa pula ada kawasan bertemakan Disney kat Perak ni? 

Info; Netizen memberitahu, tempat ini memang berkonsepkan Disney dan ala-ala kat Universal Studio punya taman tema. Only few shops are open, the rest masih belum berpunya. Nasi Lemak Disney pun ada k. 

Dah puas bergambar bervideo, kami dibawa ke lokasi memancing tempat favourite Pak Jamal dan Tikah kalau nak memancing. Tetapi, tengah dalam perjalanan tu, ternampak pula kedai tepi jalan jual Jambu Batu segar dari ladang (Pusat Perkumpulan Ladang Tanjung Tualang). Apa lagi, terus singgah. Tauke kedai pula kenal dengan Pak Jamal, makanya, kami dibawa oleh tauke untuk melihat sendiri lebih dekat kawasan ladang tersebut. Wahhhh excited gila ni. 

Info; Kalau nak ke laluan Tanjung Tualang, mesti akan nampak kedai ni. Ada Jambu Batu, Limau Nipis, Limau Kasturi,  Delima,  Durian Belanda,  Mata Kucing,  Cempedak, Nangka,  Cili, eh banyak betullah. Ladang ini berlatar belakangkan Tasik lombong yang banyak itik. 

Selesai membeli berkilo jambu batu, kami meneruskan perjalanan ke lokasi tasik penuh itik tadi (Lombong Kampung Changkat Tin). Tak dapat pergi dekat, tapi memang banyak itik yang kelihatan memutih. 

Dah siap buat klip video kat situ, dah rasa dahaga lah pula. Kami menyinggah sekejap pekena Air Batu Campur kat warung terdekat. 

Memang lega lah jawabnya dan kaki pun dah tak larat nak berjalan. Baru lah berangkat pulang (nasib baik tak lupa daratan, sebab Siti kena gerak balik awal, malam itu juga dia kena kerja malam). 

Jam 3.30pm TPH bertolak ke Kuala Lumpur. NDV personally rasa sangat teruja bila mana, tak tersangka, banyak lokasi menarik yang kita terlepas pandang atau tak tahu pun selama ni di Tanjung Tualang. BESTTTT

Terima Kasih tak terhingga kepada En Jamaludin dan Isteri kerna telah menyediakan makan minum tempat tinggal yang sangat selesa dan membawa kami berjalan bergambar tak henti. NDV request nak datang lagi lepas ni sebab ada banyak lagi tempat yang kami tak sempat nak explore. 

Saksikan video kami di sini>> https://youtu.be/Vc33i3frOek << dan klik subscribe untuk video update akan datang. 

Haaa itu lah cerita penuh kali ni. Next episode? Hmmm… Wait and see. We just follow the flow. Segala komen dan cadangan, adalah sangat NDV hargai. Stay tuned for the next extry… Terima kasih. Salam semua. 

Advertisements

4 thoughts on “Tanjung Tualang,  Perak Darul Ridzuan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s