Penang Backpacker’s Trip (Part 2)

Ni nak serba ringkas punya entry ni, sebab panjang sangat kalau nak cerita penuh. 

9.30am – kami berjalan area Komtar, dan terjumpa Stardust 1 ni. (Terlupa nak tanya nama brader ni). PR yang baik, ringkas, harga Motor sewa ditawarkan untuk kami hanya RM25 sehari. Kami amik untuk 3H2M terus. Deposit RM100.00 shj. Helmet, Baju Hujan, dan motor skuter baru diberikan. 

Misi mencari motor sewa selesai, Hotel pula.  

Kami difahamkan, booking online lebih murah berbanding direct datang ke hotel. Menggunakan laman Trivago, kami decided untuk booking terus hotel Wassup Youth Hostel. 

3H2M = RM194.00 (Double bed single room BUKAN dorm) + Deposit RM50.

Terletak di sebelah Menara Komtar. Memang strategik.

Snap punya snap, lupa pula nak amik gambar bilik… Adehhh

Kami pun bersiap² dan menyempat gak tidur selenggok sekejap. 

Jam 12pm, perut dah berdondang sayang dah ni. Kami naik motor terus mencari tempat makan area Batu Feringgi (Minyak motor RM2), tetapi,  tersalah jalan jadinya. Kami ke Taman Botani Penang pula.

Lunch sudah, kami mencari laluan sebenar ke Batu Feringgi. Jalan berliku tapi kurang vehicle. Banyak hotel dan pub(disebabkan NDV ni jakun sikit, makanya dok ternganga menatap semua benda). Kami berhenti di tepi pantai untuk bergambar seketika.

Cantikkan, tapi, takde nya nak mandi time matahari terpacak atas kepala ni. Lepas bergambar terus kami jalan lagi. 

Kami menyinggah sebentar ke Kilang Batik untuk seketika ( agak mahal, so kami keluar balik). Ternampak signboard ke Taman Negara Penang. Ok cantik, kami akan pergi nanti, sebelum tu, kami ke Escape Park. 

Tapi, NDV tak masukkan ini dalam tentative kami, so, just tengok² je dan meneruskan perjalanan lagi. Memang nak Round Island betul ni. 

Ride kedepan lagi melihat apa yang ada. Kami ternampak Entopia, Taman Rama Rama tapi pun just usha² je dan terus lagi kedepan. Sebelah nya ada Hutan Lipur. Kami menyinggah sat nak makan Char Kuey Teow (RM5).dengan Air Batu Campur(RM4).

“Korang makan katne? 

Kesian… 

Kat mane? 

Kesian… 

Ish ish ish orang tanya betul² dia main² pula! 

Kesian…”

Char Kuey Teow NDV bagi 5stars!!! 

Separuh nyawa nak menghabiskan ABC yang macam Gunung Everest ni. Huh!

Dah sarat perut, rehat sat sambil mendengar deruan air sungai dibelakang kami(hamboi tenangnya rasa) kami meneruskan perjalanan naik bukit. Eh, ada Empangan Teluk Bahang. Apa lagi, bergambar lagi jawabnya. 

Ada macam kat New Zealand tak? Hahaha

Ok, time ni cuaca baik, berangin dan terik, makanya, cepat² beralih ke tempat lain. Time ni baru sedar yang kami semakin makin jauh dari Taman Negara Penang(nak berpatah balik memang idok le). Takpe lah, kami tunda di masa akan datang. 

Kami menyusuri laluan Teluk Bahang nak menghala ke Balik Pulau. Kawan NDV ada saudara di sana. So alang² tu boleh menyinggah sat. Susur punya susur, NDV terus minta berhenti sekejap kat Penang Fruit Farm sebab ternampak port baik punya nak bergambar. 

Time kami singgah ni, tauke kedai beritahu, dieorang dah nak tutup kedai (jam baru pukul 3pm time ni). Settle shooting terus lagi menyusuri selekoh² tajam ke Balik Pulau. Time ni, NDV cakap kat member, “eh banyaknya anak² air dari bukit, kalau hujan lebat ni mahu tanah runtuh ke apa ke… “persoalan ini terngiang seketika tapi kami biarkan sahaja. 

Terus punya terus, eh ada air terjun!!! 

Selamat datang ke Air Terjun Titi Kerawang. 

Nampak tak kemana pergi tetap nak cari air terjun. Air nya terlalu deras, mungkin baru sahaja lepas hujan, NDV pun tak pasti. Tetapi deruan dan kebekuannya memang tersangat memanggil untuk mandi. 

Selesai berehat, kami meneruskan perjalanan sebab tak nak terlalu lewat sampai ke Balik Pulau. 

Aisehhhh… Bateri SJcam dah kong lah pula. 

Dipendekkan cerita, menyusuri sambil menikmati kedamaian desa di Balik Pulau, kami singgah sebentar ke pasar malam tapau sikit Putu Mayam, Popia Goreng, Popia Basah, Biskut², eh terbanyak pula.jam 6pm kami tiba di rumah saudara kawan NDV dan dalam 7.30pm kami beransur sebab tak nak terlalu lewat untuk pulang ke Komtar(nanti jalan gelap).

Malam di Komtar, tiada apa yang menarik sangat, cuma…kami terkejut mendengar berita yang tersebar di FB, Twitter,  Whatsapp, TV3, semua channel, iaitu perihal Tanah Runtuh dan Banjir Kilat di kawasan berbukit Balik Pulau sehinggakan laluan utama terpaksa di tutup serta merta untuk beberapa hari. 

Subhanallah, kami baru je melalui jalan tu petang tadi dan NDV baru tegur hal tu sebelumnya. Hope, semua selamat.

Malam berlalu… Esok apa program? Jom ke Part 3- Finale

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s