Penang Backpacker’s Trip (Part 3)- Finale

Isnin, 07112016- Hari ni nak buat ala² Amazing Race, nak mencari lokasi gambar² lukisan di Georgetown Street Art. Tapi kena breakfast dulu. Pagi tu teringin nak pekena roti canai. Kami ride ke area Masjid Kapitan Keling, banyak pilihan gerai Mamak untuk sarapan. Sarapan kami, ni dia… 

Capati + Roti Canai + Sardin + Kima + Teh O  = RM7.40

Pepagi dapat Kima Daging memang terbaik r. Ok Amazing Race kami terus bermula di dalam keadaan cuaca nan renyai. Rupanya bukanlah satu spot place je street art ni, sebab dia merata dan dicelah² bangunan. So memang dah macam mencari Pokemon pun ya juga. Jom, ini antara koleksi kami:

Serius NDV terpikat dengan cenderamata yang kami boleh beli sebagai kenangan. Apa lagi, pilih lah… 

Ada banyak lagi tapi korang datang dan hunt sendiri nanti hahaha. Pusing punya pusing tadi, lapar lah pula. Ternampak ade warung berbasikal jual pasembor. Jom pekena pasembor (RM5).

Mana nak pegi ya sebab masih hujan. Makanya kami tetiba nak singgah ke Penang Amazing World Studios. Tiket RM28 seorang.

Gila banyak lagi gambar yang ada tapi nak share kan semua muntah korang nanti. 

Jam 12.30pm camtu, kami decided nak ke Penang Hill or Bukit Bendera. Katanya tempat wajib singgah kalau dah mai ke Penang (tuuu diaaa loghat Penang dah keluar).

Langsung tak ramai (ya r kami datang hari Isnin kot). Tiket RM10 Seorang. Que pun sekejap sahaja dah boleh naik tren. Jom ikut kami! 

Gambar semak?  Tidak,sebenarnya ada haiwan yang kami nampak. NDV tak kenal sangat spesis haiwan ni,cuba perhatikan dan zoom kan,dia tengah atas pokok berbulu hitam, Musang Buah kot. Agak korang apa? 

Habis bergambar kami turun dalam jam 5pm. Kami nak lepak² lagi, kami pergi ke QueensBay. Persisiran pantai yang ramai orang lepak petang² dengan family anak bini…aihhh… Eh mengelamun seketika. Malam menjelma, tiada aktiviti menarik sangat. Lepas lepak dinner, kami balik ke bilik,start packing serba sedikit untuk esok. 

Selasa, 08112016 – Seawal jam 8 kami dah sesiap nak cari kedai makan, ada seorang kenalan NDV mencadangkan pergi ke ChowRasta. Loh… Dekat sangat dengan hotel kami. Memandangkan awal lagi,kami pusing² sekitar pasar pagi dan sarapan dulu. Jom! 

Nasi lemak + Teh O + Kuih2 = RM 5

Alamak, tengah under renovation rupanya. Tak dapat lah explore ChowRasta dibuatnya. Takpe, nak singgah cari jeruk untuk Ibunda NDV pula. Kita ke Jeruk Pak Ali. 

Eh, dah nak get ready untuk pek barang balik dah. Jam 11.30am kami nak memulangkan motor dan check out. Sesudah pulang kan semula motor, menapak ke Jeti… Eh eh jap, terjumpa lagi ni ha… 

Menyempat… Jam 1pm kami berangkat pulang dah. Haa… Akhirnya tamat sudah perjalanan NDV kali ni ke Penang. 

Komen ringkas: Penang adalah Syurga makanan dan penuh dengan keunikan seni bina yang masih tersergam indah(kemain ayat kau).

Korang boleh tengok video penuh di YouTube >>>https://youtu.be/g1TLLf97P7A<<&lt;

Terima kasih kepada pembaca. Hope boleh jadikan guideline untuk korang kalau yang tak pernah ke Penang lagi. Semoga berjumpa lagi di next entry. Kemana kita? Tunggu… 

Salam 😎

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s