Lata Misteri, KKB 3.0

Assalamualaikum WBT

Greetings to all

Repeat?! Yup, NDV repeat lagi ke Lata Misteri dengan member lain pula.

Meh, ikut kami.. 

NDV, tikah dengan Nik follow brader Adam ke Pekan Kuala Kubu Baru. Brader Epol dah menunggu kat pekan dah. 

9am kami melepak makan sat kat Pasar Pekan Kuala Kubu Baru. 

Makan tetap nak kena makan juga. Makan sekejap, terus semua direct berjumpa kat kawasan parking Kampung Sungai Pertak, KKB. 

10.00am tepat (ya, memang sharp 10am) kami memulakan trekking kami. 

Perghhhh lecak lunyai habis dibuatnya, maklumlah, hujan semalamnya. Berlopak, berlumpur, hahaha baru trill! 

Dipendekkan cerita, 

Jam 11.04am kami selamat sampai ke Lata Misteri.Tabik spring r dieorang, untuk Trip Lata Misteri & Lata Misteri 2.0, ambil masa genap 1.5jam nak sampai. Kali ni genap SEJAM! Lajunyaaaaa…  

Eh, ada 3 orang lelaki bercampsite kat tepi. Nampak macam bukan orang tempatan, macam dari Sabah atau Sarawak kot.

Air memang jernih, sejuk menusuk, ikan bersepah hahaha sangat mengujakan dan memuaskan hati tatkala dah sampai. 

Apa lagi, light & easy je r…

Baru rehat dalam 30minit, salah seorang senior kami (Saiful_Enver) teringin nak naik lagi keatas. NDV dan Tikah rasa nak follow dibelakang. Laju betul brader ni, sekejap dah lesap! 

Naik punya naik, tak jumpa…”Mana abang Epol ni? ”

Naik dan naik lagi…. SUBHANALLAH!!!

Cantiknya air terjunnnnn!  Brader Saiful berjaya menjumpai Air Terjun nan deras, tinggi, dan awesome! 

Dah puas NDV ngan Tikah bergambar, kami biarkan Abang Saiful pula nak bergambar, kami terus turun ke bawah. 

Jam 1.00pm tepat, kami dah siap pack, terus beransur keluar. Pun laju juga. Sejam dah terus sampat ke parking area.

Sebelum berpisah, sewajibnya memang akan bergambar beramai-ramai dulu. 

Sekalung tahniah dan terima kasih kepada yang join kali ni, Atiqah, Nik, Abang Epol, dan Abang Adam. Sukses dengan jayanya! 

Fakta Ringkas Trip Kali Ni:

  1. Plan asal 8orang kesemuanya. Aral melintang, maka 5 sahaja. 
  2. Atikah Jam, ini kali kedua dia ke sini. Kental betul sebab laju kot pace dia. 
  3. Abang Adam, betul² last minit terus nak join. Memang ok je sebab dah beliau tinggal di Rawang. 
  4. Abang Saiful; personally NDV sangat berbesar hati kerana salah seorang Hiker-Famous-Malaysia join trip kali ni. 
  5. Nik,lepas bersurai, terus sambung photoshoot kat Ladang Teh pula…terbaik r! 
  6. Semua mandi tak sampai 15minit, dah tak tahan gigil. 
  7. Cuaca memang Alhamdulillah sangat baik. 
  8. Kami berbekal kan biskut tiger je. 

Watch full video kami kali ni di Youtube – Nawi Da Vinci, dan silakanlah subscribe. 

>>> https://youtu.be/Fuk1owQ0n58 <<

Itulah antara coretan episod kali ni. Nak repeat lagi?! PM, dan kita plan jom. 

Berjumpa lagi semua.

Terima kasih

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s