Assalamualaikum wbt
Greetings to all
Fuhh fuhh berhabuk dibuatnya blog ni dah lama takde entry baru. Ok, NDV nak start…
Semua dek kerana si Nik ni yang seminggu awal booking NDV nak ajak naik Bukit Tabur East asalnya. Tapi, selepas berbincang dengan senior hikers (Saiful.Enver & Jas), mereka tidak menggalakkan kami kesana kerana masih ditutup. Maka, mereka berkongsi pengalaman dan info untuk kami ke Bukit Batu Chondong (BBC).
Eh, bunyi macam menarik je, daripada blog lain yang NDV baca, infi mengatakan, kalau naik BBC ala ala mak jemah boleh lah sampai dalam 45minit, kalau fit enough dalam 25minit. Wahhh kena sedia esok ni.
01.02.2017,Rabu, 8.30am
NDV, Bro Ali, dan Nik dah bersedia di kawasan parking (waktu ni ada seorang mamat berkaca mata jalan sesorang parking disebelah kami). Ingat, parking di kawasan ATV tapi entrance BBC bukan di ATV.
Dipendekkan cerita,
Kami keliru mana satu entrance dia, bernasib baik ada orang lalu, diaorang menunjukkan jalan mendaki.
Itu laluan masuk dia. Once you start,get ready to explode your calf! 45° mendaki tanpa henti beb!
kami terus dan terus dan terus entah berapa kali berhenti tarik nafas tak tahu!
Pertengahan pendakian, ada bekas muntah! lagi laju lah kami melangkah. Entah siapalah dah betul² tak tahan dah tu.
Kami meneruskan lagi pendakian yang penuh berbuluh, berbatu, licin, rock climbing…macam macam lagi.
8.55am, kami berjaya ke puncak! Eh, rekod kami, 25minit sahaja. syabas!
Eh, terjumpa kembali mamat yang sesorang tadi. Seorang InstaFamous rupanya. Oh ye, sempat juga kami disambut oleh sekumpulan hikers yang lebih awal dari kami yang siap berkongsi roti dengan kami.Terima kasih yang tak terhingga.
Naik 25minit, berehat bersantai bergambar dekat sejam lebih hahaha
Yang penting NDV nak highlightkan,
tolong berhati² ketika mendaki, kerana trail agak licin, bergaung, berbatu, jangan ambil mudah walaupun tak setinggi Tabur West.
Ok lah, entry ringkas kali ni dan rasanya macam nak repeat lagi. hehehe Jom.
Jangan lupa untuk menonton full video di YouTube dan klik Subscribe.
>>> https://youtu.be/kfLjEGToslc <<<
Sekian sahaja, bakal berjumpa lagi nanti.
Salam.