Air Terjun Sofea Jane & Lata Pinang, Kemensah

“Nawi, betul ke trail ni nawi? ”

“Errr der, kau sure ke depan tu ada air terjun? ”

“Jauh lagi ke nawi nak sampai ni? ”

Assalamualaikum wbt

greetings to all
5hb February 2017,Ahad, NDV bersama dengan Ali Shaari, Siti Mangga Masam dan newby, Dalila nak ke Air Terjun Sofea Jane. Asalnya memang nak ke Air terjun Sofea Jane sahaja di Kemensah. Berbekal info dari senior Saiful.Enver dan juga Jas, Info dari blog² hikers, dan hashtag di Instagram, kami bersiap sedia untuk menjelajah kali ni. 

Jom ikuti laporan penuh kali ni… 

8.30am – Kami semua breakfast dulu di kampung Kemensah. 

9am – Kami parking di kawasan ATV dan start trekking. 

Perjalanan mendaki, santai, berbuluh, trail lebar dek kerana ATV,  berlumpur berlecak, dan boleh tahan mencungap dibuatnya. 

Trail clear sampai lah ke Air Terjun Sofea Jane. Kami bertembung dengan lebih 5group lain.

40minit genap, Kami tiba di Air Terjun Sofea Jane. Tersergam indah… bersih… ramainya orang. 

Dok beria bergambar bagai, makin ramai sampai ke sini. Kami tak bercadang nak bermandi bersantai kat sini sebab terlalu crowded. kami nampak ada orang di bahagian atas air terjun ni. Kami rasa nak try terus naik atas lagi. Sebab NDV ada terbaca pasal Lata Sham. Kot boleh jumpa.

Sedar tak sedar, sejam rupanya kami bergambar kt Sofea Jane. Kami teruskan mendaki. Eh terjumpa satu group Brader Senior 4 orang berbaju biru(dah kahwin)  pun rupanya nak naik sekali. Disebabkan senior ada, berani sikit nak meneruskan perjalanan. 

Mereka di depan, trail dh semakin samar. Kami hanya berpandukan laluan air sungai sahaja.

10minit berjalan, Group Brader Senior berhenti. Kami rehat sat, lepas tu kami berempat sahaja yang meneruskan perjalanan. 

NDV memaklumkan kepada member, kita try kedepan, kalau dalam 11.30am still tak jumpa jalan yang jelas, kita berpatah balik. 

Jalan punya jalan, terjumpa tanda merah plastik diikat dipokok. Kami yakin dan meneruskan perjalanan. Kalau tadi trail berlumpur, sekarang trail sungai berbatu licin, berakar timbul, beserta pokok duri. Agak mencabar sebenarnya. 

Terus dan terus, jumpa cabang sungai kiri atau kanan. Kanan (based on info dari satu blog) menghala ke Lata Sham. Kiri ada tanda kedua. NDV pilih kiri. Terus dan terus, akhirnya… 

40minit meredah sungai, Dari jauh dah boleh nampak air terjun yang tinggi… Lata Pinang dan ada tanda merah ketiga. 

Kami pun bersepakat untuk rehat dan menamatkan perjalanan disini.

Bersih, sejuk, tiada pool cuma air terjun yang tinggi, berbatu licin(agak merbahaya) dan view nan terbaik. 

12.30pm kami berpatah balik. Menyusuri jalan yang sama… tiba tiba… Siti menjerit! 

Rupanya pacat naik ke leher da…Apa lagi, kami check memasing. NDV sahaja lekat 3pacat dan seekor Lintah kuning. 

Waktu jalan balik, terserempak semula group Brader Senior tadi. Kami bergerak saing. Time ni NDV paling depan… ketika hampir nak ke Sofea Jane, NDV pula menjerit. Allahuakbar, ular tedung besar paip di depan. kami kaget, tak bergerak. Brader senior bagi cadangan untuk ikut laluan lain. 

Time tu lah terjumpa spot ni pula:

Empangan ke?! entah. Dan di bawah nya ade natural rock slide. serius cantik(tak sempat nak amik gambar). 

Di-fast-forward-kan, jam 2.20 kami dah sampai di kawasan parking. Letih, tapi tersangat bersyukur dan berpuas hati sebab kami berjaya sampai ke point Lata Pinang. 

Menurut info dari satu blog pada Jun 2016, kalau dari Lata Pinang terus maju kedepan lagi 10minit boleh jumpa Lata Gitar atau nama barunya Lata Neelofa. Time tu kami memang tak tahu, tapi, memang rasa nak explore lagi akan datang.Jom!

Nak tengok full video, klik dan subscribe di YouTube – Nawi Da Vinci 

>>> https://youtu.be/WdYUVtDrf6s <<<

Haaa boleh dah relaks sikit kaki ni, letih gak o… Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam ekspedisi kali ni. Nak try ke sini? Jom.   

Sekian sahaja, NDV nak beransur tidur dah ni. Jumpa lagi di slot akan datang. Selamat ber-outdoor semua. 

Salam

Advertisements

2 thoughts on “Air Terjun Sofea Jane & Lata Pinang, Kemensah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s