Air Terjun Sofea Jane, Lata Pinang, Lata Maya Karin,  Lata Neelofa. 

” Huh?! 6 Minit je?! “

Assalamualaikum wbt

greetings to all
9.2.2017 , Khamis. 

7AM-NDV & Abg Ashrie dah get ready kat Kg Kemensah nak breakfast dengan Abg Saiful. 

tengok tu, gelap lagi hahaha

jam 8.00am kami dah start trekking masuk ke trail Air Terjun Sofea Jane.

Trail tiada orang sebab kami terawal. Trail kering tidak berlecak. 

8.36am – Kami selamat tiba di Air Terjun Sofea Jane. Slot bergambar dan berehat sekejap. 

Selesai tarik nafas, kami teruskan lagi trekking. Kali ni, NDV lead untuk ke Lata Pinang. Batu licin, berpacat, pokok duri banyak. Kena lebih berhati².Dan perhatikan kiri kanan anda untuk semua petunjuk yang dah disediakan di dahan² pokok. 

30minit genap, kami tiba di Lata Pinang. 

Ok,kami nampak macam ada trail belah kiri ni. Kami decide untuk try ikut laluan tu untuk keatas. 

Ehh, lahhh kat atas ni rupanya signboard nama Lata Pinang. Laluan nan curam, licin,so korang hati² berpaut sekeliling sentiasa.

Yup, 6Minit sahaja kami terus dah tiba di Air Terjun Neelofa atau nama lainnya Air Terjun Gitar. Tapi sekejap, dimana Air Terjun Maya Karin? sebenarnya berada betul² bawah Neelofa yang membentuk air terjun kecil. 

Subhanallah… cantiknya! 

Makanya, dari tapak permulaan ke Neelofa mengambil masa dalam 1.5jam (ini pun dah kira laju juga kami ni). 

Tak terungkap betapa terujanya NDV berjaya takluk semua air terjun di sini. 

Ya, mesti bagi sesiapa yang dah terbaca dari blog orang lain akan perasan, kenapa tak disebut Lata Sham?! Based on info yang NDV baca, Lata Sham di simpang kanan di cabang sungai, dan tidaklah setinggi Sofea Jane, Lata Pinang atau Neelofa, so, untuk NDV, NDV dah selesai mencari semua air terjun disini. 

Ringkas tapi info nan padat untuk korang kali ni. Repeat?! why not. View air terjunnya lain dari air terjun yang pernah NDV explore sebelum ni. Indah sungguh ciptaan Ilahi, siapa sangka ada air terjun nan awesome di belakang Zoo Negara. 

Jangan lupa, tonton dan subscribe di YouTube untuk menyaksikan video penuh:

>>> https://youtu.be/Sptq5U3qAj0 <<<

Kemana lagi ya lepas ni? 

Terima kasih kepada brader Saiful & Ashrie.

Semoga berjumpa lagi di entry akan datang. 

Salam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s