Lata Misteri, Kuala Kubu Baru

Wuhuuu kita berjaya sampai kat Lata yang cantik. Luasnya.. Tapi, apa nama tempat ni? Kenapa takde dalam google dan macam takde orang post kan pasal tempat ni…?! Hmm…
Assalamualaikum W. B. T. 

A very good day to all of you. 

Haaaa itu sedutan sikit cerita yang berlaku untuk post kali ni. Meh sini NDV ceritakan. 

Pada Ahad 25/09/2016 ,NDV, dgn 2 lagi member decided untuk mencari Lata Medang di Kuala Kubu Baru. Kami nak buat plan santai je so breakfast dulu apa yang patut, by 10.30am kami mula masuk dari kawasan parking .(ni dah kira serba ringkas dah ni nak cerita) 

Fakta menariknya, kami bertiga langsung tak pernah ke Lata Medang, tapi, berpandukan segala pandu arah, google map, screenshot map, hasil perkongsian member lain, kami nekad untuk explore cari jalan (Do not attempt to TRY if you are not really sure!). 

Di awal ½ jam yang pertama, kami melalui jambatan runtuh, dari situ dipertemukan simpang,kami pilih kiri kerana kanan menuju ke Bukit Kutu.Masih betul lagi. 

Terus punya terus, kami terjumpa sungai besar yang cantik…Tapi… Takde dalam peta kami. Kami stop sekejap try call member untuk tanya betul ke tidak, MALANGNYA memang sah-sah takde coverage. Kami nampak ade trail di seberang sungai. Kami nekad, kami seberang sungai tu dan meninggalkan tanda (kertas putih) untuk kami pulang dengan arah yang sama nanti. 

Eh, cantik pulak kawasan ni bila kami lalu, stop sekejap ambil gambar dulu. 

Kami teruskan perjalanan kami melalui trail yang jelas dan dikelilingi pokok buluh sepanjang trail tu. Makin masuk kedalam, makin bercabang². Tapi, di setiap cabang, kami akan ikut instinct dan meninggalkan tanda. Meneruskan lagi perjalanan kami sambil mulut tak henti berborak, kami jumpa lagi spot menarik untuk bergambar(dah nama nya trip santai, so, tu yang takde nak rushing apa pun hahaha) 

So, puas bergambar, kami teruskan lagi perjalanan kami. Disetiap perjalanan kami, kelihatan pokok² buluh merimbun, kesan orang ambil rebung, ada pokon cempedak dengan nangka, durian hutan, petai hutan, buah berangan…jap…kawasan kebun ke ni?! Entah. 

Dipendekkan cerita, selepas 1jam½, nampaknya trail berakhir di Lata Misteri ni. 

Fakta menarik Lata Misteri ni:

  • Sedalam dan seluas swimming pool (paras leher NDV,tp kalau terus ke kawasan gelap tu, rasanya boleh buat terjun tiruk tu) 
  • Bersih, air sejuk teramat, ikan banyak(Natural Fish Spa).
  • Dalam gambar nampak satu, sebenarnya atasnya sikit, ada lagi satu pool. 
  • Hampir sejam kami lepak dan mandi, langsung tiada seorang pun datang atau lalu. 
  • Dah try google tempat ni, langsung tiada info… Thats why we called this place as Lata Misteri (Mystery Fall) 
  • Ada kesan unggun api dan botol spritzer (JANGAN CONTOHI!) bermakna pernah ada orang datang kesini. 

    1.35pm kami beransur pulang. Letih sikit walaupun takde lah mendaki pun mungkin sebab dah lama tak mandi sungai. Sesampai rumah, share info kat member hikers yang mana pernah ke Lata Medang, share cerita dan video kami ke Lata Misteri kami tu, hahaha…ini komen member ,” lepas jambatan runtuh ade lintas sungai besar? Takde dalam laluan ke Lata Medang tu?!” Huh sudah!  Officially kami SESAT sebenarnya tapi Alhamdulillah kami selamat dalam perjalanan dan dipertemukan dengan lata nan pristine. We will definitely repeat it! 

    Terima kasih semua.

    Next adventure…soon…

    Watch full video in Youtube > Nawi Da Vinci https://youtu.be/4SWswsoz4Cw


    Leave a comment